Nama penuh: Antonio Vivaldi
Nama ringkas: Vivaldi
Lahir: di Venice pada 1678
Meninggal: di Vienna, Austria pada 1741
Pekerjaan: pemain violin virtuoso, guru violin dan komposer. Juga seorang paderi
Vivaldi telah menghasilkan 450 buah karya yang terdiri daripada muzik concerto, solo untuk violin, flut, cello, bassoon, dan mandolin dengan iringan orkestra. Beliau juga terkenal dengan muzik opera, muzik gereja dan cantata. Antara hasil karyanya yang terkenal ialah The Four Seasons yang terdiri daripada empat set solo concerto untuk violin dengan iringan orkestra alat muzik bertali. Karya ini menceritakan empat muzim dalam setahun iaitu Spring, Summer, Autumn, dan Winter. Karya ini mempunyai melodi yang merdu dan irama yang bertenaga.
Solo Concerto for Violin and String Orchestra Op 8 No 1 from Four Seasons (La Primavera or The Spring) oleh Vivaldi
Karya Vivaldi yang popular. Satu set yang terdiri daripada empat concerto untuk orkestra violin untuk alat muzik bertali dan alat muzik continuo.
Setiap concerto cuba mengajuk bunyi yang berkaitan dengan empat musim seperti nyanyian burung dalam musim bunga, dan angin sepoi musim panas. Concerto-concerto Spring, Summer, Autumn, dan Winter (musim bunga, panas, luruh, dan sejuk) menampakkan contoh program music dalam zaman Baroque yang berkaitan dengan sebuah cerita, sajak, pemikiran atau movement.
Solo concerto ialah sejenis karya muzik instrumentalyang mengandungi sebuah alat muzik seperti violin solo melawan tutti atau ripieno orkestra penuh. Spring adalah sangat popular pada zaman Vivaldi.
La Primavera mengandungi tiga movement; 1) cepat 2) perlahan 3) cepat. Movement pertama dan ketiga dalam bentuk ritornello. Dalam first movement muziknya bermula dengan tutti dalam nada E Major yang menggambarkan 'ketibaan' musim bunga.
Tema pembukaan diulangi dengan lembut. Terdapat pertukaran dinamik secara mendadak (terraced dynamic). Tiga violin solo yang memainkan trill dengan pic yang tinggi seolah-olah meniru bunyi burung-burung yang berkicauan.
Antara karya beliau yang terkenal ialah: