KOIR

Pengenalan

Koir merupakan nyanyian secara berkumpulan dalam pelbagai lapisan suara. Pada asalnya koir dipersembahkan di gereja pada zaman Pertengahan iaitu antara 600-1450 Masih di Eropah. Kini, koir tidak hanya berfungsi untuk upacara keagamaan malah dipersembahkan dalam pelbagai acara yang mempunyai tema tertentu seperti patriotisme dan unsur-unsur nilai murni.

Ciri-ciri

Koir dipersembahkan dengan iringan atau tanpa iringan muzik (A Capella) sama ada dalam satu lapisan suara (unison) atau gabungan lapisan suara seperti berikut.
  • Soprano (S) (suara tinggi perempuan)
  • Alto (A) (suara rendah perempuan)
  • Tenor (T) (suara tinggi lelaki)
  • Bass (B) (suara rendah lelaki)

Tekstur koir;

  • monfoni
  • homofoni
  • polifoni

Gaya Persembahan

Lazimnya, ahli kumpulan koir berdiri semasa menyanyi. Gerakan boleh digunakan sebagai unsur kreativiti dalam persembahan. Teknik nyanyian yang betul diberikan untuk menghasilkan ton suara yang baik.