NASYID

Pengenalan

Perkataan 'nasyid' atau 'insyad' dihasilkan daripada perkataan 'nasyada' dan kemudiannya menjadi 'ansyada' yang bermaksud berpuisi, bersajak, gurindam, dan syair. Nasyid terlung yang pernah direkodkan dalam sejarah Islam ialah semasa penghijrahan Nabi Muhamad s.a.w dari Mekah k Madinah. Baginda disambut dengan nyanyian lag nasyid Tola'al Badru. Lagu-lagu nasyid pada awalnya berbentuk syair berirama padang pasir yang berunsurkan ajaran Islam dengan tujuan menyampaikan dakwah. Kini irama nasyid dipelbagaikan dengan mengikut peredaran zaman yang lebih kontemporari. Asalnya, nasyid didendangkan secara duduk selepas mengaji al-Quran. Proses pengajaran dan pembelajaran nasyid ialah secara peniruan dan berbalas-balas.

Ciri-ciri

1. Nasyid berbentuk tradisional dan kontemporari.

a) Nasyid tradisional berlandaskan lagu-lagu daripada al-Quran seperti;

  • Bayyati
  • Rast
  • Nahawand
  • Hijaz
  • Saba
  • Kurd
  • Sikah
  • 'Ajim

b) Nasyid kontemporari tidak terhad. Nada yang biasa digunakan ialah nada minor.

2. Nasyid diyanyikan dalam bahasa Arab, tetapi telah berkembang dengan menggunakan bahasa lain seperti bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

3. Tema: berbentuk nasihat, dakwah, puji-pujian terhadap Rasulullah dan tokoh-tokoh Islam

4. Nasyid dipersembahkan secara A Capella (tanpa iringan muzik). Kemudian, rebana dan kompang digunakan sebagai muzik iringan. Seterusnya diiringi kumpulan muzik ghazal, muzik asli, dan orkestra.

Gaya Persembahan

  1. Berkumpulan - lelaki atau perempuan sahaja. Ada juga persembahan gabungan lelaki dan perempuan tetapi tidak digalakkan.
  2. Asalnya nasyid tidak melibatkan sebarang pergerakan. Kini terdapat gerakan yang tertib bersesuaian dengan mesej yang hendak disampaikan. Contohnya menadah tangan, bergerak setempat.
  3. Cara berpakaian mencerminkan imej Islam dan tidak mendedahkan aurat.

Fungsi

  1. Menyampaikan dakwah
  2. mengingatkan manusia khususnya kaum muslimin mengenai ajaran daripada al-Quran dan hadis
  3. Menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak dalam kehidupan
  4. Acara sampingan untuk pertandingan Tilawah al-Quran peringkat negeri, kebangsaan, antarabangsa
  5. Selingan dalam majlis-majlis tertentu
  6. Nasyid mula dipertandingkan di peringkat sekolah, negeri dan juga kebangsaan pada tahun 1990-an