MUZIK KAMAR

Pengenalan
Muzik kamar ialah sejenis muzik instrumental klasik barat yang terdiri daripada dua hingga sembilan orang pemuzik. Pada asalnya muzik kamar dipersembahkan di ruang kecil seperti di dalam bilik. Setiap lapisan suara (part) dimainkan oleh satu alat muzik sahaja berbeza dengan muzik orkestra, setiap lapisan suara dimainkan oleh beberapa alat muzik.

String quartet merupakan contoh muzik kamar yang penting pada zaman klasikal. String quartet terdiri daripada empat alat muzik bertali iaitu dua violin, satu viola, dan satu cello. Muzik kamar boleh dibezakan melalui jumlah bilangan pemuzik;
  • Trio (3)
  • Quartet (4)
  • Quintet (5)
  • Sextet (6)
  • Septet (7)
  • Octet (8)
  • Nonet (9)