PANCARAGAM BRASS

Pengenalan

Pancaragam brass merupakan kumpulan pemuzik yang memainkan alat muzik brass. Pada asalnya pancaragam brass ditubuhkan untuk memainkan muzik yang berkaitan dengan ketenteraan. Di sesetengah negara pancaragam juga dikenali sebagai marching band.

Ciri-ciri
  1. Boleh dipersembahkan secara berkawad, statik atau formasi.
  2. Semasa berkawad atau membentuk formasi pancaragam brass diketuai oleh seorang drum major yang menggunakan sebatang mace untuk memberikan isyarat kepada ahli pancaragamnya.
  3. Ada juga pasukan pancaragam brass yang menggunakan aksesori seperti colour guards untuk menambahkan keceriaan persembahan.
  4. Pakaian seragam yang lengkap dan kemas membentuk identiti dan imej sesebuah pasukan pancaragam.

Alat Muzik

Alat-alat yang terdapat dalam pancaragam brass;

  1. Alat perkusi - dram samping/dram getar, dram bes, simbal, zailofon, bell lyre, tom-tom
  2. Alat tiup kayu - piccolo, flut, klarinet, saksofon
  3. Alat brass - cornet, trompet, hon, trombon, euphonium, bariton, tuba