Ikan-ikan Belaan Saya yang Menjimatkan Duit(kerana Saya Tak Perlu Bagi Makan)

ORKESTRA

Pengenalan
Orkestra merupakan satu ensembel muzik yang terdiri daripada alat-alat muzik bertali, alat tiup kayu, brass, dan alat perkusi. Orkestra dipimpin oleh seorang konduktor yang berdiri menghala pemuziknya. Orkestra berkembang secara pesat di sekitar abad ke-18 dan ke-19.

Kedudukan dan susunan pemuzik biasanya berbentuk separuh bulatan. Sebuah orkestra penuh yang juga dikenali sebagai orkestra simfoni atau filharmonik terdiri daripada 98 hingga 120 orang pemuzik. Bilangan alat-alat muzik berbeza mengikut keperluan gubahan muzik.

Alat Muzik Orkestra
  1. Alat muzik bertali yang digesek - violin pertama, violin kedua, viola, cello, double bass
  2. Alat tiup kayu - piccolo, flut, english horn (Cor Anglais), clarinet, bass clarinet, bassoon, oboe, double bassoon
  3. Brass - french horn, trompet, trombon, tuba
  4. Perkusi - timpani, perkusi lain (dram bass, dram tenor, dram getar, tamborin, kerincing, simbal, dan juga alat perkusi yang ditala seperti glockenspiel, xylofon, celesta, dan chime)
  5. Alat muzik bertali yang tidak digesek - harp, piano