KOMPANG




Pengenalan

Kompang ialah sejenis alat muzik di Malaysia yang berasal dari negara Timur Tengah. Hal ini berdasarkan dua pendapat yang dikemukakan iaitu;
  1. Bentuk dan saiz kompang di Malaysia mempunyai ciri-ciri persamaan alat kompang yang dimainkan di tanah Arab. Begitu juga dengan cara memegang dan memukulnya.
  2. Bahasa dan lagu-lagu yang dinyanyikan dan dimainkan menguatkan lagi alasan kompang berasal dari tanah Arab.

Kompang mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang Arab yang datang berdagang sekitar abad ke-13 Masihi. Mereka menggunakan kompang sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan. Teknik permainan dan lagu yang dipersembahkan ketika itu menjadi ikutan masyarakat dan seterusnya diadaptasikan dalam kehidupan masyarakat setempat.

Ciri-ciri

  1. Diklasifikasikan dalam keluarga membranofon
  2. Terbahagi kepada dua bahagian; baluh (bingkai) dan belulang (muka)
  3. Baluh diperbuat daripada kayu cengal, halban, nangka atau palau. Belulang pula biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina (kerana kulitnya nipis dan dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring serta bergema)
  4. Permukaan kompang dilaraskan ketegangannya dengan menggunakan sedak yang berupa rotan bersaiz kecil atau wayar. Sedak diselitkan antara permukaann belulang dan baluh kompang di sebelah dalam dengan menggunakan penyedak. Penyedak diperbuat daripada kayu/rotan bersaiz bsar yang berbentuk tirus tetapi tidak tajam.

Muzik atau lagu kompang terdiri daripada rentak terhasil (resultant rhythmic patterns) yang dimainkan oleh dua orang pemain atau lebih secara bertingkah (interlocking perfomance)




Gaya Persembahan

  1. Dipersembahkan secara beramai-ramai
  2. Secara duduk, berdiri, atau berarak
  3. Boleh dipersembahkan untuk mengiringi nyanyian atau secara instrumental
  4. Dalam esembel kompang, beberapa kumpulan paluan digabungkan untuk menghasilkan bunyi berharmoni yang dinamakan rentak terhasil. Antara paluan tersebut ialah melulu, menyilang atau menyelang, dan meningkah
  5. Kumpulan melulu sksn memukul rentak asas. Menjadi panduan kepada kumpulan menyilang dan meningkah. Pemain-pemain dalam kumpulan melulu membuat pukulan serentak dan berperanan untuk mengawal tempo sepanjang persembahan permainan kompang
  6. Pemain dalam kumpulan menyilang akan memukul rentak silihan yang berselang-seli antara pukulan rentak asas. Pukulan tidak boleh serentak dengan pukulan melalu dan berperanan menambahkan corak permainan kompang agar lebih menarik
  7. Pemain meningkah lazimnya mengetuai pasukan. Pemain ini bertanggungjawab memulakan dan mematikan sesebuah lagu. Selagi peningkah tidak memberikan isyarat dan mematikan pukulan, permainan kompang tidak akan berakhir.



Fungsi

  1. Majlis perkahwinan
  2. Majlis-majlis bercorak keagamaan seperti menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w
  3. Majlis-majlis keramaian seperti mengiringi persembahan nyanyia solo atau nasyid
  4. Perarakan Hari Kebangsaan
  5. Kumpulan sokongan moral kepada pasukan dalam sesuatu perlawanan sukan