MUZIK ZAMAN KLASIKAL (1750-1820)

Pengenalan
Pada pertengahan tahun 1700 banyak komposer mendapati muzik pada zaman Baroque terlalu berat dan sukar difahami. Hal ini terbukti dengan wujudnya zaman singkat Roccocco atau stail galant pada 1715 hingga 1740. Zaman Roccocco ini merupakan satu peralihan kepada perubahan yang dramatik dalam muzik klasikal di Vienna. Di sinilah bermula stail Baroque yang serius telah beralih kepada stail yang lebih mudah dan ringan.

Perubahan ini dipengaruhi oleh seni reka, seni bina dan seni lukis orang Greek dan Rom. Revolusi di Amerika dan Perancis serta peperangan Napoleon telah mengakibatkan kuasa politik dan ekonomi diambil alih oleh golongan rakyat jelata. Berikutan dengan itu, seni muzik juga mnjadi lebih terbuka kepada rakyat jelata. Pada masa itu kegiatan muzik berpusat di Vienna.

Komposer-komposer berpeluang bekerja secara persendirian atau di bawah naungan golongan bangsawan. Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular. Persembahan muzik bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah persendirian.

Ciri-ciri Muzik Zaman Klasik
  1. Irama - penggunaan sinkopasi, fermata luar jangkaan, perubahan nilai not menambahkan kepelbagaian corak irama dalam muzik zaman klasikal.
  2. Melodi - lebih pendek, merdu, frasa lebih jelas dan mudah dinyanyikan.
  3. Warna ton dan instrumentasi - tiada harpsikord continuo, alat tiup kayu mendapat tempat dalam orkestra sebagai satu seksyen yang penting. Alat muzik harpsikord digantikan dengan piano. Tekstur piano pada masa itu nipis dan teknik iringan bass alberti (Haydn dan Mozart) digunakan. Kemudian tekstur menjadi lebih tebal dan dinamik. Contoh: dalam karya Beethoven.
  4. Tekstur - iringan jelas, tidak kompleks dan berciri homofoni.
  5. Bentuk - sonata merupakan bentuk penting digunakan untuk membina movement yang pertama dan diikuti dengan movement yang lain dalam karya besar seperti Overtures. Bentuk-bentuk lain: rondo, theme and variations, dan minuet and trio.
  6. Ekspresi - terdapat kepelbagaian kontras dalam nada, melodi, irama, dinamik (terdapat sforzando dan crescendo), warna ton, dan mud.
  7. Genre muzik - muzik vokal: oratorio dan opera. Muzik instrumental: simfoni, concerto, muzik kamar.

Contoh karya;