GAMELAN

Pengenalan
Di Malaysia, terdapat dua versi gamelan, iaitu Gamelan Jawa dan Gamelan Melayu. Gamelan Jawa yang juga dikenali sebagai Gamelan Johor dibawa ke Malaysia oleh orang yang berasal dari Jawa yang berhijrah ke Johor. Gamelan Melayu pula dikenali sebagai Gamelan Pahang, Joget Gamelan, dan Gamelan Terengganu.

Sejarah Gamelan Melayu bermula sekitar tahun 1811 apabila sekumpulan pemuzik dan penari gamelan tiba di Istana Pahang dari Istana Penyengat Riau-Lingga. Kumpulan ini mengadakan persembahan sempena perkahwinan Di Raja. Tradisi gamelan ini terus berkembang di Pahang pada abad ke-19.

Muzik gamelan ini kemudiannya dibawa ke istana Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad dari Pahang berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin dari Terengganuu. Ekorang peristiwa itu, muzik gamelan menjadi tradisi yang berfungsi sebagai hiburan untuk kerabat diraja dalam upacara istana. Kini, gamelan Melayu dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi bagi meraikan pembesar, pemimpin luar negara dan pelancong.

Alat Muzik
Set Gamelan Melayu mengandungi lapan jenis alat iaitu bonang (kerumong), kenong, gambang, gendang, gong agng, suwukan, saron baron, dan saron penerus (pekin).

  1. Gamelan Melayu - Dipersembahkan dalam pelbagai majlis tertentu seperti perkahwinan, konvokesyen, dan majlis-majlis rasmi.
  2. Gamelan Jawa - Mengiringi wayang kulit, tarian atau instrumental dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.
Fungsi