Karya ini mengandungi empat movement. Movement pertama ialah sonata bermeter dupel dan bernada G Minor. Tema pertama dimulakan dengan motif yang dimainkan oleh violin dan diiringi dengan gema viola. Orkestra penuh dimainkan dalam bahagian bridge.
Tema kedua beralih ke nada major. Melodi yang merdu dan lembut dimainkan oleh alat bertali dan alat tiup kayu. Selepas tema kedua terdapat seakan-akan 'desiran' (sighs) oleh alat bertali yang diulang dalam pelbagai variasi.
Dalam bahagian perkembangan (development) kedengaran bunyi alat tiup kayu yang memainkan peranan utama dalam pic yang tinggi.
Tema pertama dimainkan oleh violin dalam pic yang rendah. Pada bahagian ini banyak dinamik yang kuat dan lembut secara tiba-tiba (sudden). Tema utama dimainkan oleh orkestra yang dikombinasikan dengan melodi kaunter.