LUDWIG VAN BEETHOVEN (1770-1827)

Nama penuh: Ludwig Van Beethoven
Nama ringkas: Beethoven
Lahir: di Bonn, Jerman pada 16 Disember 1770
Meninggal: di Vienna pada 1827 ketika berusia 63 tahun.
Berasal dari keluarga pemuzik dan boleh bermain alat muzik organ, violin dan piano.

Apabila beliau berusia 12 tahun beberapa buah karya telah diterbitkan. Beliau menyara kehidupan keluarganya dengan mengajar muzik di istana. Count Walstein, seorang bangsawan yang kaya telah membiayai beliau ke Vienna pada tahun 1792 dan telah mempelajari muzik denga Haydn.

Berbeza dengan komposer yang lain pada zaman itu, beliau tidak pernah bernaung di bawah golongan bangsawan tetapi menyara kehidupan sendiri sebagai guru piano, membuat persembahan konsert dan menjual hasil karyanya. Penduduk Vienna ketika itu terpegun dengan kepakarannya bermain piano (virtuosity) dan mengimprovisasi karya beliau.

Semasa umurnya dalam lingkungan 29 tahun, beliau mula hilang daya pendengaran. Kerjaya beliau tidak terjejas tetapi beliau menjadi murung dan suka menyendiri. Beliau menghasilkan banyak karya dan memimpin orkestra yang memainkan karyanya.

Sungguhpun hasil karya Beethoven pada awal abad ke-19 mempunyai stail yang tersendiri tetapi masih dipengaruhi oleh muzik Mozart dan Haydn. Pada bahagian pertengahan kerjayanya, beliau menghasilkan karya yang lebih panjang dan yang berbentuk keperwiraan. Pada kemuncak kerjaya beliau, karya yang dihasilkan semakin bertambah moden.

Sebagai seorang komposer, beliau menghasilkan banyak karya muzik yang hebat. Antara yang terbaik di dunia ialah simfoni kesembilannya, piano sonata ke-32, kuartet bertali ke-17, Mass In D. Beliau hanya menghasilkan sebuah opera, Fidelio.

Beethoven seorang komposer yang teliti dan mengambil masa untuk mencipta sesuatu karya. Hal ini dilihat dalam buku lakaran beliau.

Orkestra beliau terdiri daripada: flut, piccolo, dua oboe, dua clarinet, dua bassoon, dua contrabassoon, dua horn, da trompet, dua trombone, dia timpani, dan alat muzik bertali.