SIMFONI NO 5 DALAM C MINOR - FIRST MOVEMENT (BEETHOVEN)

Simfoni ini bermula dengan motif 'short-short-short-long' yang merupakan satu rhythmic idea yang dramatik. Beethoven menerangkan bahawa motif 4 not ini sebagai 'suratan mengetuk pintu' (fate knocking at the door). Motif ini merupakan motif utama dalam movement pertama dan juga memainkan peranan penting dalam simfoni ini.

Karya ini pada keseluruhannya boleh dilihat sebagai satu perkembangan emosi dan konflik dalam movement pertama nada C minor dan berakhir dengan klimaks yang bertenaga dalam nada C major.

Beliau dapat menyatukan karya ini daripada movement 1 hingga 4 dengan menggunakan pelbagai kontras dalam karya ini. Persembahan pertama simfoni ini dibuat pada 22 Disember 1808.