ZAMAN BAROQUE (1600-1750)

Pengenalan


Zaman Baroque bermula sekitar tahun 1600-1750. Berasal daripada perkataan 'barroco', perkataan Portugis yang bermaksud mutiara yang tidak rata bentuknya atau tidak bulat bentuknya. Muzik pada zaman Baroque mengandungi not perhiasan (ornaments), kesan dramatik, ekspresif, dan penuh emosi.


Ciri-ciri Muzik Zaman Ini


  1. Melodi - Fraza panjang, menggunakan sistem mod, akhir abad ke-17 sistem digantikan dengan nada major minor.

  2. Harmoni - Penggunaan 'figured bass' atau bass continuo. Biasanya bahagian bass ini dimainkan oleh satu atau lebih alat muzik asas atau continuo seperti organ, harpsikord, klavier, dan ditekankan lagi dengan alat muzik yang mempunyai renj yang rendah seperti cello, bass gamba atau bassoon.
  3. Warna ton - Hasil karya zaman ini banyak menggunakan alat muzik spesifik seperti alat bertali atau suara solo.
  4. Tekstur - Pada awal zaman tersebut, teksturnya ialah homofoni. Kemudian, tekstur polifoni digunakan dengan meluas, menghasilkan tekstur yang tebal dan beratyang terdapat dalam kedua-dua genre muzik vokal dan instrumen.
  5. Bentuk - Bentuk yang lazim digunakan ialah binari, tenari, rondo, variasi, ritornello, dan fugue
  6. Ekspresi - Menggunakan satu mud dan dikekalkan berterusan sehingga akhir muzik dimainkan
  7. Stail - terdapat dua stail penciptaan; Stail Antico (muzik gereja polifoni dari zaman Renaissance), dan Stail Moderno (teks lebih diutamakan daripada muzik)

Antara genre muzik yang wujud pada zaman itu ialah;

Contoh karya

  1. Concerto Grosso - Brandenburg Concerto oleh J. S Bach
  2. Concerto Solo for Violin and String Orchestra Op 8, No 1, from Four Seasons (La Primavera or The Spring) oleh Vivaldi